PUSAT JAGAAN WARGA EMAS, IPOH, PERAK

Cawangan rumah jagaan kini di Tasek, Ipoh. Pusat ini mengendalikan penghuni warga emas perempuan serta lelaki yang terlantar sahaja. Pemohonan kemasukan dan sebarang pertanyaan sila telefon atau whatsapp 0192456517 (En Rashid). Untuk hanya yang memerlukan sahaja. Kami tetap tidak menggalakan kemasukan kecuali dengan sebab dan keperluan mendesak.

Lokasi

https://maps.app.goo.gl/sU999CiCcP8HkxKh6

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP RUMAH ORANG TUA-TUA

Rumah jagaan orang tua lazimnya dianggap sebagai tempat di mana orang-orang tua tinggal menghabiskan baki usia mereka. Persoalan pertama oleh kebanyakan orang ialah di mana anak-anak mereka. Melainkan mereka sememangnya tiada waris, atau anak-anak mereka sendiri telah mengabaikan mereka sehingga mereka terpaksa mendiami rumah jagaan orang tua tersebut. Sememangnya pengabaian terhadap orang tua tidak diterima oleh masyarakat. Sesiapa yang menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua-tua akan dianggap menderhaka dan tidak berhati perut.

Dilema penjagaan warga emas di kalangan anak-anak yang bekerja mahupun yang telah berkeluarga akan mengambil pendekatan membiarkan orang tua mereka di rumah asal ataupun membawa mereka tinggal bersama. Namun masalah mungkin timbul apabila kesihatan orang tua mula menurun. Rawatan secara profesional mungkin diperlukan. Keadaan rumah pula tidak sesuai untuk mereka tanpa ciri-ciri mesra warga emas. Apakah pilihan yang ada selain perbelanjaan tambahan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, mengambil pembantu rumah atau terpaksa berhenti kerja bagi menjaga orang tua. Implikasinya adalah berbeza mengikut taraf ekonomi masing-masing. Yang pastinya ia melibatkan pengorbanan yang besar.

Sesetengah pihak atau individu secara terang-terangan menentang dan tetap memandang serong terhadap pusat jagaan secara umumnya.  Penulis juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Ada kejadian apabila berbual dengan kenalan lama mahupun berkenalan dengan seseorang. Apabila mereka bertanya apa yang dilakukan sekarang, sudah pasti saya akan menjawab menjalankan perkhidmatan penjagaan warga emas. Mereka seakan tidak selesa dan membayangkan bahawa perkhidmatan penjagaan ini hanya menggalakkan pengabaian. Ramai juga yang merasa hairan kemana perginya anak atau waris warga emas tersebut antaran terpaksa dijaga oeh orang lain. Sebagaimana keperluan di atas, saya merasakan mereka tidak menghadapi masalah yang menimpa orang lain. Kami di pusat jagaan pula tidak semudahnya  menerima kemasukan orang tua tanpa sebab. Sesungguhnya kami teguh memegang prinsip bahawa, orang seharusnya dijaga sendiri oleh waris masing-masing di rumah. Dan berapa kerat sahaja dalam keterpaksaan disebabkan keperluan rawatan khusus serta juga mereka yang tidak mempunyai waris, sebatangkara tetapi mempunyai sumber kewangan sendiri serta juga masalah-masalah lain.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

Infaq Iftar Warga Emas 1444

Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid. Ini adalah pusat jagaan rawatan warga emas swasta dan privasi sepenuhnya. Namun kami ingin memberi peluang infaq berbuka puasa untuk orang tua2 dan kakitangan penjaga di sini. Slot infaq ini RM10.00 sahaja. 28 orang warga emas + 8 orang penjaga untuk 29 hari puasa. Semua sedekah Ini akan digunakan untuk makan berbuka puasa (Iftar) dan sedikit morrey/sahur. Perbelanjaan dari pendapatan asal pusat Jagaan Ini akan kami gunakan untuk senggaraan dan kebajikan am. Sedekah ini lebih afdal bila masuk buln ramadhan nanti. Masukkan ke akaun Maybank, Rumah Jagaan Husna Arrashid nombor akaun 562188305772. Mudah2an pemberian inj diterima Allah dengan pahala berlipat ganda, insya Allah. Makluman rujukan ‘IFTAR’, Whatsapp resit Kepada 0192456517. Satu senarai dengan huruf ringkas nama peserta dan jumlah akan disiarkan didalam website kami bagi menunjukkan kutipn dibuat dengan telus dan digunakan pada tempatnya. In sya Allah. Terima kasih
16Mac2023

Kemaskini 25/3/23. 1444 Ramadhan 3

M J RM10. Md Zuhai RM100. En Rhmt 100, Hj Kadir Soib RM360.00, Hjh Zainun Shoib RM360, Maz/Ba/Mak RM670.

Jumlah RM1600.00

Terima kasih. Wang terus digunakan untuk belanja iftar penghuni warga emas dan staf penjaga. Semoga mabrur dan diberkati in sya Allah

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SEMUA KAKITANGAN DAN PENGHUNI WARGA EMAS KAMI TELAH DIVAKSIN

DOS pertama 14 Jun 2021

Dos kedua 7 Julai 2021

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KAMI BERI PERKHIDMATAN TERBAIK

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PUSAT JAGAAN ORANG TUA BERBAYAR

Kami tidak meminta dan menagih sumbangan orang ramai kerana kami telah mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM1200.00 hingga RM1800.00. Cukup untuk menampung semua kos operasi. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penuh, kerana kami mahu penglibatan waris untuk bertanggungjawab dalam penjagan warga emas mereka. Bagi yang sebatang kara atau memerlukan simpati umum, kami percaya kerajaan dan NGO boleh menjalankan tugas dan peranan masing-masing

Posted in Uncategorized | Leave a comment

ORANG TUA SENDIRI TAK BAGI KERJA JAGA ORANG TUA

Saya telah menerima banyak permohonan untuk tugas menjaga orang tua. Bila terdapat kekosongan, saya akan menawarkan kerja. Semua jawatan tidak lari dari tugas hakiki menjaga orang tua seperti mandi, menukar lampin, menyuap makanan, memberi ubat dan senaman. Menjaga mengikut rutin dan keadaan semasa. Mereka juga menjaga kebersihan setempat dan membuat pentadbiran kawasan.

Syabas bagi yang istiqomah terus bekerja di sini ada yang melebihi 5 tahun, 3 tahun dan agak lama jika melebihi setahun. Bagi yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan khususnya jururawat, pembantu perubatan, fisioterapis, makmal dan sebagainya, pihak pengurusan sentiasa memberi galakan jika ingin melanjutkan pelajaran bahkan memohon jawatan tetap dalam kerajaan mahupun swasta yang menjurus kepada bidang amalan masing-masing. Saya sendiri akan menulis surat sokongan dengan menyatakan kelebihan dan kesungguhan mereka selama bekerja di pusat jagaan ini. Syabas dan tahniah, telah ramai yang menjadikan Husna Arrashid sebagai tempat persinggahan yang dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kami kerana telah bertugas di sini dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga emas dan pesakit di sini.

Sungguhpun demikian, terdapat beberapa kejadian di mana, kami menerima panggilan telifon daripada ayah dan ibu kepada staf kami dengan mengadu bahawa anak mereka tidak layak untuk melakukan kerja-kerja penjagaan tersebut. Bagi yang jururawat, mereka berpendapat hanya kerja merawat luka, ubat pesakit, prosidur perubatan sahaja. Bagi staf tersebut tidak kekok dengan rutin menjaga orang tua kerana kawan-kawan staf di sini melakukan perkara yang sama. Terdapat juga ibu bapa yang menalifon penyelia dan marah dengan tugasan yang diberikan. Ada yang terus dipanggil balik dan ada juga sekadar rungutan.

Sebilangan ibu bapa atau keluarga juga tidak membenarkan anak-anak mereka datang bekerja. Ini jelas semasa saya menawarkan kerja dan calun meminta tempoh untuk memohon restu orang tua mereka. Ada memberi alasan ayah tak izinkan kerja dengan alasan jauh, ada yang menyuruh kerja lain dan ada berbagai alasan yang menghalang calun-calun melapor untuk bertugas.

Sebagai perbandingan, tugas dan kera-kerja rutin pusat jagaan ini sememangnya tidak popular. Ada yang menolak mentah-mentah. Ada yang setakat sehari dua sahaja mampu bertahan dan tidak kurang juga yang merungut. Ada yang lari dari tugas bila berdepan dengan kes nyanyuk, mental dan keadaan orang tua yang sukar diurus. Bahkan ada yang menuduh pihak pengurusan menipu kerana mereka menyangka yang nyanyuk dan pelupa tu dianggap pesakit mental yang sukar dijaga.

Syukur pada Allah di mana ini semua adalah sebahagian kecil masalah tentang pengambilan pekerja di sini. Walaupun dengan gaji dan elaun serta potongan EPF, SOCSO dan kemudahan sedia ada untuk petugas di sini, namun kami masih menganggap mereka sebenarnya membuat tugas amal dan amat mulia.

Menjaga warga emas atau orang tua banyak cabaran menuntut kesabaran dan semangat serta jati diri. Mereka juga memerlukan sokongan keluarga. Sentiasa la berfikir bahawa kita sendiri tidak tahu bagaimana bila kita tua nanti. Siapa nak jaga?

Encik Rashid

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS VETERAN ANGKATAN TENTERA

Veteran ATM seharusnya merasa bangga kerana sebuah pusat jagaan khas untuk veteran tentera atau mana-mana pasukan keselamatan. Sehausnya pusat jagaan berkediaman ini menjadi pilihan terakhir bagi yang mempunyai keluarga.

Pusat ini dinamakan Wisma Veteran menempatkan pusat kegiatan bagi veteran tentera. Pendaftaran telah dibuka untuk kemasukan. Keutamaan bagi yang sebatangkara ataupun mempunyai masalah penjagaan di rumah. Pembayaran yuran berpatutan.

Pengunjung boleh melayari Facebook Wisma Veteran https://www.facebook.com/wismaveteran/

Permohonan kemasukan (veteran ATM sahaja) menggunakan borang online

Untuk kemasukan bukan veteran ATM, sila gunakan borang ini

Gambar dari Google. Semoga bermanfaat

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PAPARAN DI SEBALIK KUDRAT

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SAH DAN DIDAFTARKAN

Alhamdulillah pada 15 Disember 2016, pendaftaran Pusat Jagaan Husna Arrashid telah disempurnakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Setelah lebih lima tahun kami memulakan langkah dan memenuhi semua syarat dan peraturan termasuk keperluan Bomba, Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan MPAJ, jabatan-jabatan teknikal dan maklumbalas awam. Kami telah menghadkan pengambilan penghuni selama ini dan sentiasa menjaga kehendak dan keperluan asas. Semua ini telah menjadi budaya kerja kami. Walaupun kakitangan silih berganti, namun lebih separuh kakitangan kami telah berkhidmat lebih tiga tahun dan beberapa orang daripadanya adalah kakitangan terawal yang telah bersama-sama kami mengharungi suka duka dan jerit perihnya tugasan ini. Yang pasti, sekian ramai yang berhenti.  Hanya yang mengalami dan memahami sahaja. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas serta jutaan terima kasih kepada kakitangan kami. Mereka melakukan tugas amal dan mengetepikan perasaan masing-masing demi membahagiakan warga emas.  Tidak lupa juga pada keluarga kakitangan yang memberi sokongan dan galakan, para waris warga emas, serta semua pihak yang membantu kami. Penghargaan buat semua

dftar jkm husna

Posted in Uncategorized | Leave a comment