DILEMA PENJAGAAN WARGA EMAS

Mei 2013 akan genaplah setahun penubuhan Rumah Jagaan Husna Arrashid (Husna Arrashid). Pahit manis suka duka amat terasa namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan ini. Ia adalah bidang kerja amal yang sukar dilaksanakan tanpa kecekalan dan kedudukan kewangan serta sumber bantuan yang kukuh. Tidak hairanlah perkhidmatan ini kebanyakannya disediakan oleh NGO dan pihak kerajaan. Hakikatnya, penjagaan di rumah-rumah warga emas lain sama ada yang dikendalikan oleh NGO atau kerajaan sendiri tidak semestinya sempurna. Ada jugak yang dengki berkata nak cari untung. Kecewa, terpikir juga untuk menamatkan sahaja perkhidmatan ini, tetapi kekuatan kita biarlah pada kepuasan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan. Rumah amal ini pada asalnya adalah untuk membantu beberapa warga emas yang memerlukan penjagaan tetapi apabila keperluan bertambah, maka ia terpaksa disusunatur dan dikordinasi dengan baik kerana kita sedar akan tanggungjawab yang sangat besar.

Hakikatnya keadaan warga emas di tempat kami sudah tentu memerlukan penjagaan yang rapi. Lojiknya, mereka tidak perlu datang jika mereka boleh menjaga diri mereka. Mereka memerlukan perhatian untuk pengambilan ubat. Ada yang tidak boleh berjalan dan keadaan yang lemah. Tulang dan otot-otot mereka sudah tidak mampu menanggung berat badan mereka. Ada yang telah dipotong kaki dan ada juga yang telah lumpuh sebahagian anggota badan. Sebahagian daripada mereka sukar untuk bergerak ke tandas, susah nak mandi sendiri, mereka memakai lampin, makan perlu disuap bahkan ada yang hanya menggunakan salur tiub untuk minum susu. Ada juga yang sukar membezakan siang dengan malam. Tidak kurang juga yang pelupa, nyanyuk dan kemurungan. Beberapa orang juga telah kembali ke rahmatullah dengan tenang. Pastinya kami tidak membiarkan mereka terseksa dengan keadaan itu.

Di Husna Arrashid, kita tidak perlu bertanya kemana perginya anak-anak atau waris kerana mereka memang ada bersama. Mereka yang tinggal di sini bukanlah dari kalangan warga emas yang tersisih, tidak sekali diabaikan oleh anak-anak. Kita perlu menyelesaikan masalah warga emas yang kononnya dijaga sendiri di rumah tetapi sebaliknya mereka sebenarnya terbiar. Kita tidak sampai hati melihat dan membiarkan orang tua terbiar bersendirian di kampung, kesunyian di rumah besar, diherdik oleh anak cucu mahupun menantu, dimarahi kerana membuang air di tempat yang sepatutnya dan ada juga dibiarkan sahaja menanggung kesakitan serta tidak ditukarkan lampin mereka. Lebih menyayatkan hati, ada juga warga emas yang meninggal dunia tanpa disedari bahkan terdapat kes rompakan dan kecelakaan. Yang memandang serong terus membantah warga emas dihantar kesini. Daripada maklumbalas waris-waris, golongan yang membantah ini sebenarnya tak jagapun, hanya membiarkan adik beradik yang lain menguruskan warga emas mereka.

Mengendalikan rumah jagaan ini bukanlah mudah. Daripada aspek keperluan asas, perundangan, kakitangan, hubungan dengan waris dan juga masyarakat setempat. Keperluan dan kemudahan asas bagi memastikan tempat selesa dan selamat bagi warga emas. Keperluan tersebut seharusnya memenuhi keadaan fizikal dan mental warga emas. Kebersihan dan penjagaan kesihatan pula wajib dititikberatkan. Bukan la senang-senang nak menjaga, mengambil yuran jagaan tanpa tanggungjawab dan persediaan diri.

Undang-undang memerlukan pusat jagaan didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM mengkehendaki agar pusat itu didaftarkan sebagai satu entiti perniagaan dan mendapat sokongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan. Agak mudah, namun untuk mendapatkan sokongan tersebut memerlukan pertukaran syarat guna tanah kepada perniagaan yang perlu melalui   prosidur dan proses yang agak rumit. Perkhidmatan jagaan swasta agak sukar lantaran permasalahan ini. Mujur keperluan Bomba dan Jabatan Kesihatan sememangnya praktikal untuk memastikan keadaan bangunan dan kawasan yang selamat dan bersih. 

Cabaran utama menyediakan kakitangan adalah memilih mereka yang betul-betul boleh menjaga warga emas dengan sikap yang positif, pengetahuan dan kemahiran. Kelayakan kejururawatan adalah satu kelebihan. Sungguhpun begitu, latihan dan pendidikan mereka tidak menjamin layanan dan pengendalian terbaik buat warga emas. Tidak hairan selama setahun ini, seramai 12 orang kakitangan telah berhenti dan 4 orang lari dari tugas. Terbaru, lagi 2 orang staf tambahan hanya bekerja 5 hari sebelum diam-diam berhendti kerja tanpa notis. Alasan utama mereka sudah tentu tidak tahan dengan karenah orang tua terutamanya yang nyanyuk dan pelupa. Ada juga yang mengganggap jururawat sebagai pembantu rumah boleh disuruh itu dan ini lantaran mereka membayar yuran jagaan. Namun demikian, kita tidak sekali-kali boleh meletakkan kesalahan pada warga emas.

Kami mungkin telah melepasi masa sukar sebegini kerana dengan 8 orang kakitangan tetap, sebarang permasalahan kakitangan boleh diatasi. Sebahagian besar daripada kakitangan telah bersama kami melebihi 7 bulan. Mereka sudah sebati dengan masalah dan karenah menjaga orang tua.

Di Husna Arrashid – kerana setiap tempat jagaan adalah berbeza dari segi fungsi dan matlamat penubuhan, syarat utama kemasukan warga emas adalah mesti mempunyai waris yang sah atau yang terhampir dengan pertalian darah serta ikatan kekeluargaan. Kami menggalakkan lawatan daripada para waris mahupun sahabat handai yang dibenarkan oleh waris. Kami membuka masa lawatan setiap hari. Kami juga mengadakan majlis minum petang bersama waris. Ada juga anak cucu warga emas di sini yang membuat kerja amal dan bergotong royong. Namun, kami tetap menjaga polisi privasi kami di mana, kami tidak membenarkan lawatan ataupun kegiatan mana-mana kumpulan atau individu di sini. Matlamat asas adalah menjaga kepentingan waris. Ada juga yang datang dan bersembang di tingkap, bertanya itu dan ini pada staf, mencari kesilapan-kesilapan kecil sambil membuat komentar-komentar negatif. Hubungan dengan jiran dan masyarakat tidak seberapa lantaran polisi privasi kami. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah menerima lawatan ataupun permintaan dari masyarakat setempat yang ingin melawat warga emas.

BERSAMBUNG –

About husnaarrashid

Nama ini lambang satu tekad untuk menjaganya sebaik mungkin dalam menentukan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan. Mudah-mudahan kita diberkati Ilahi
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s