GEMBIRA DAN PASRAH MENJAGA ORANG TUA

Dua perkara yang telah biasa pada kami amat menyentuh perasaan, kematian dan pemulihan. Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari kematian apatah lagi bagi warga emas di usia senja. Apabila fungsi tubuh badan sudah dimakan usia, sudah tentu satu persatu semakin hilang fungsi. Begitulah cantiknya ciptaan Allah Yang Maha Esa. Waris dengan berat hati terpaksa meredhakan orang yang tersayang pergi untuk selama-lamanya. Bagi kami, Allah telah mempermudahkan segalanya dengan persediaan awal daripada tanda-tanda kemerosotan kesihatan dan tindakan kecemasan. Sama ada mereka menghembuskan nafas terakhir di hospital mahupun di dalam jagaan kami.  Setidak-tidaknya, mereka tidak pergi tanpa sesiapa di sisi. Rakan-rakan seusia dan kakitangan yang ada, boleh berdoa untuk kebaikan dan menemankan jenazah sambil membaca yasin sehingga jenazah diuruskan untuk pengkebumian, In Sha Allah. Inilah hakikat kehidupan dan saya berpendapat ianya boleh dibincangkan secara terbuka untuk manfaat bersama. Kami pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Kami menerima banyak kes untuk rawatan paliatif yang dianggap tiada harapan. Sudah tentu tanggungjawab kami bagi membantu warga emas menjalani kehidupan mereka agar lebih selesa sehingga ke akhir hayat mereka. Kami merasa amat berbesar hati dan bersyukur kerana dalam tempoh tidak sampai dua tahun perkhidmatan ini, kami dipermudahkan urusan apabila terdapat ramai (lebih dari 10 kes) warga emas yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Di antaranya kes terlantar yang telah mula boleh berjalan, ada yang tidak mampu menyuap makanan sendiri telah mampu menggerakkan tangan dan berjaya menyuap sendiri ke mulut. Malah terdapat beberapa kes daripada makan menggunakan cairan melalui tiub telah mula makan seperti biasa, pemulihan pada saluran kencing, luka pembedahan pada pesakit kencing manis yang kronik, bahkan 2 kes kanser tahap 4 yang telah menjalani rawatan yang telah pulih dengan menunjukkan taraf kesihatan yang baik. Kesemua mereka yang dinyatakan tadi telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing kerana boleh dijaga sendiri di rumah masing-masing. Kami gembira dan merasa bangga kerana dapat memberikan perkhidmatan walaupun bagi temph yang singkat.

Antara pasrah dan gembira, jururawat kami meninggalkan kehidupan yang selesa bagi membantu menjaga warga emas tersebut. Jururawat kami sanggup menjaga perasaan masing-masing demi menjaga perasaan warga emas yang di jaga. Mereka menjaga 24 jam dalam 3 shift bagi memastikan warga emas yang dijaga boleh tidur dengan lena, makan dengan sempurna, membasuh najis dan menggantikan lampin, menyuapkan makanan dengan sabar dan tidak kurang yang paling mencabar adalah karenah warga emas itu sendiri. Kalau ayah dan ibu gembira apabila anak-anak membesar dengan sempurna, kalau guru-guru mahukan anak murid menjadi pandai sebagaimana yang diajar, tapi bagi kami di sini? Kami gembira apabila kesakitan insan yang dijaga dapat dikurangkan dan kembali hidup seperti biasa. Kami bangga berkhidmat pada waris yang menyayangi orang tua masing-masing kerana mereka perlu dikekalkan sebagai satu harta yang amat berharga tanpa galang gantinya.

About husnaarrashid

Nama ini lambang satu tekad untuk menjaganya sebaik mungkin dalam menentukan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan. Mudah-mudahan kita diberkati Ilahi
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s