KELEBIHAN

Pusat ini baru ditubuhkan dan dalam proses pendaftaran dengan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Orang ramai boleh menyemak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ataupun pihak Bomba dan Penyelamat. Keperluan pendaftaran dan garispanduan ketat memerlukan kami memastikan keadaan yang terbaik untuk menerima penghuni baru. Antara kelebihan pusat ini adalah seperti di bawah.

  • Latarbelakang dan pengalaman – Penjaga dan staf tetap mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam perawatan. Mereka terdidik dengan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan penjagaan dan pemeliharaan kesihatan serta keselesaan penghuni nanti.
  • Keselamatan – Pusat jagaan ini dipasang dengan sistem telivisyen litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan 24 jam. Semua kegiatan utama dan ruang-ruang dipantau bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. Alat pengesan kebakaran serta peralatan melawan kebakaran dipastikan sentiasa berfungsi. Penggera keselamatan akan diaktifkan pada tempat-tempat dan masa tertentu bagi tujuan perlindungan tambahan. Sistem perhubungan yang baik termasuk menggunakan interkom dan radio bagi memastikan penyampaian maklumat untuk sebarang tindakan mahupun maklumbalas segera.
  • Pengangkutan – Kami menyediakan pengangkutan bagi pergerakkan penghuni ke tempat rawatan seperti pusat dialisis, hospital atau klinik ataupun ke mana-mana yang diperlukan. Kenderaan kami juga boleh digunakan untuk menjemput atau mengambil serta menghantar pulang. Kami tidak bergantung kepada kemudahan pengangkutan luar yang semestinya melipatgandakan kos penjagaan nanti.
  • Sajian – Kami menyediakan sajian yang terbaik mengikut menu yang dicadangkan melalui garispanduan pihak berkuasa yang berkenaan. Kakitangan juga terdidik untuk mengawal selia keperluan sajian warga emas melalui jadual sajian yang disediakan. Kami juga mengambil berat diet warga emas sebagaimana kehendak diagnosa permakanan yang diarahkan.
  • Kegiatan Menarik – Dengan adanya rakan sebaya, kegiatan yang menarik dan menyeronokkan warga emas akan dijalankan dari masa ke semasa daripada keagamaan, senaman fizikal, rekriasi dan riadah seterusnya kegiatan sosial lain. Kegiatan lain seperti karaoke, menonton tayangan layar besar, Permainan dalam seperti karom, catur, dam aji, dan lain-lain lagi.
  • Perjumpaan keluarga – Sesi bertukar pendapat, percambahan minda dan mendapatkan maklumbalas daripada waris dan masyarakat setempat.
  • Sukarelawan – Kami akan mengumpulkan sukarelawan untuk apa-apa aktiviti bagi melibatkan penghuni dengan masyarakat setempat.
Advertisements