RUMAH ORANG TUA

Penjagaan warga emas dipilih kerana kepakaran dan pengalaman kerja yang luas dalam penjagaan dan mengendalikan masalah pesakit dan tingkah laku warga emas. Reputasi yang buruk tentang pusat penjagaan atau rumah orang tua menjadi satu cabaran untuk menyediakan satu perkhidmatan yang terbaik buat mereka. Budaya dan penerimaan masyarakat tentang penghantaran orang tua ke pusat-pusat jagaan amatlah janggal menyebabkan terdapat ramai warga emas yang terbiar di rumah, mendapat layanan yang tidak sepatutnya daripada penjaga dan ada yang menerima ajal mereka dalam keadaan yang menyedihkan.

Rumah jagaan ini ditubuhkan di Lorong Kijang, Kampung Baru Klang Gates hanya beberapa ratus meter daripada susur masuk dan keluar MRR2 di Jalan Genting Kelang dan Taman Melawati. Pendaftaran untuk kemasukan warga emas dibuka secara online ataupun boleh menelifon nombor tertera.

Husna Arrashid bertekad untuk memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas sebagaimana seharusnya mereka dihargai dan disayangi sehingga ke akhir hayatnya. Konsep mesra warga emas, amalan jasmani untuk kesihatan, rohani untuk bekalan akhirat serta memberikan satu perasaan kepada warga emas bahawa pusat ini merupakan rumah kediaman asal mereka dalam suasana tenang.

Advertisements