YURAN PERKHIDMATAN

Rumah Jagaan Husna Arrashid tidak menerima dan meminta bantuan mana-mana pihak, NGO mahupun kerajaan untuk menampung keperluan harian. Walaupun kos penjagaan amat tinggi dengan tanggungjawab yang berat, kami akan menggunakan yuran berkenaan sepenuhnya. Agihan perbelanjaan terutamanya pada gaji kakitangan jururawat bertauliah dengan penjagaan 24 jam, kos permakanan seimbang, sewa bangunan tanpa sebarang sumbangan atau wakaf pembiayaan. Bagi para waris mahupun bakal peserta program ini, pembayaran yuran yang cukup dan tepat pada waktunya amatlah diharapkan.

Yuran bergantung pada taraf/status kesihatan seseorang iaitu mulai RM800.00 hingga RM1,500.00/Sebulan

Deposit – Anggaran separuh daripada yuran yang dikenakan. Ini adalah untuk bekalan kecemasan untuk sakit demam warga emas jika waris tidak sempat membawa sendiri ke Klinik atau Hospital, kami akan cuba menguruskan dengan wang simpanan tersebut. Wang ini akan dipulangkan.

Pendaftaran RM100.00. 

Pertimbangan dalam penetapan yuran perkhidmatan.

BERJALAN

  • Berpimpin/Tongkat
  • Berkerusi roda
  • Terbaring

MAKANAN

  • Ubatan
  • Menu Khas
  • Bersuap

KESEDARAN

  • Lupa/tumpuan
  • Merepek/baran
  • Masalah membuang air
  • Hilang malu

RAWATAN

  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Dialisis
  • Urinal
  • Cuci Luka

KHAS

  • Bilik khas
  • Katil Khas
  • Hawa dingin
  • Peralatan elektrik tambahan

Caj dan yuran sampingan bergantung pada perkhidmatan dan perkembangan taraf kesihatan warga emas. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.

4 Responses to YURAN PERKHIDMATAN

  1. maaf, tiada daycare

  2. As salam. Kalau day care isnin hingga jumaat, berapa yurannya?

  3. Anggaran RM1200 sebulan. Pengesahan setelah mengisi borang online. Tq

  4. Que No says:

    assalamualaikum saya ingin tahu sekiranya pesakit itu tidak boleh bergerak sendiri dan pakai pampas saya ingin tahu berapa bayaran yuran bulanan sekiranya beliau tinggal di sini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s